Assalamualaikum semua....
Petang ni saya nak share tentang pengalaman saya buat facial muka di sebuah pusat penjagaan kulit yang agak terkenal iaitu Herbaline.
|
Herbaline |
Selalu nya lalu je kt depan tu..if korang nak masuk kena tekan doorbell tau.. saya buat facial spa ni di Centre Point, Kota Kinabalu. Tekan je doorbell staf akan buka pintu kaca tu.. dan korg akan dilayan lepas tu..
Staf tu akan minta korg duduk dan dia akan explain satu per satu tentang facial spa kt tempat dorg.. Dia tanya perna buat facial tak sebelum ni.. nak buat spa yg mana satu.. At that moment, i choose the diamond peel treatment.. antara yg mahal.. Tapi first trial akan ada diskaun tau.. masa tu saya cuma bayar RM78.. harga asal atas RM150 tak silap.. (facial tahun 2016 so tak ingat sangat)...
Sebelum masuk ke bilik spa, staf herbaline akan minta kita cuci kaki dgn air suam dahulu.. masa tu boleh laa sental cket kaki tu.. Lepas tu staf akan bagi hidu dgn aroma herba dari balang yg ada di pintu sebelum masuk ke kawasan bilik-bilik rawatan..
Dalam bilik spa pula, staf minta buka baju n apa yg patut dan guna kain sarung bergetah yang sedia ada.. Then, baring..bila dah ready boleh inform staf dah boleh masuk..
Mula-mula, muka saya dicuci dengan produk herbaline untuk menanggalkan make up dan minyak.. Dah cuci tu dia akan stim selama 20-30 minit.. Dah stim dia akan extract blackhead, whitehead, kt muka tu..sambil pecahkan jerawat yg ada.. sambil tu stim muka still on dan kena muka supaya taklah kering, taklah sakit masa proses extract blackhead & whitehead tu.. Lepas dah extract tu dia akan show hasil black and whitehead yang dia dah korek tu..euww..banyakkk ok.... puas hati...
Dah siap proses extraction tu, staf tu akan guna satu alat utk matikan kuman..so mata korang ditutup dgn kapas.. bunyi mesin tu bzzz..bzzz...mcm lebah plak..haha... agak panas cket kalo alat tu lama diletak kt muka..dia akan dabdab alat tu kt muka dan lama cket dkt kawasan jerawat yg dah dipecahkan tu..
Dah siap proses tu, tiba masanya proses diamond peel.. mesin utk diamond peel mcm kt bawah ni (contoh)... tapi herbaline guna jenis lain..
Korang boleh baca fungsi diamond peel ni kt sini :
https://www.leaf.tv/articles/what-is-a-diamond-peel-treatment/
Atau korang boleh search kt youtube..taip je diamond peel treatment
https://www.youtube.com/watch?v=vqKj5Pvd7Ds
Masa proses diamond peel tu dia akan tarik kotoran yang masih tinggal kt kulit kita.. Proses ni kejap je.. Yang makan masa tu proses lepas ni..iaitu guna mask..masa ni mask muka pun boleh pilih..sy guna nanobiocellulose tak silap...segar selepas guna mask ni.. Muka pun nampak flawless and glow sangatt... Dah guna mask dia akan letak serum untuk kurangkan kemerahan pada kulit..kan dah di extract tu dan di peel..so boleh juga tak nak guna..tapi saya tiap kali after treatment mesti akan guna serum tu..
Lupa nak mentioned tengah dah nak habis guna mask tu, staf akan datang dan urut tangan dan separuh badan korg (bahagian atas dan belakang) urutan muka pun ada... Dalam bilik treatment akan ada music menyamankan (music alamsemulajadi dan bunyi air)...
Dah siap proses semua..pakai baju semula..dan sebelum keluar boleh hidu lagi bau herba..tapi herba lain plak..dan sebelum bayar tu boleh minum teh...
Saya sempat beli produk dia..
1. Purifying milk lotion
2. Amino facial wash
3. Aloe vera gel
4. Ubat keringkan jerawat
Bayar masa tu RM300++... sebab beli banyak produk dia.. tapi pengalaman tu seronok..saya terus repeat pergi spa untuk bulan-bulan seterusnya sehingga tahun 2017..masa tu dah takde masa nak pegi facial spa.. Untuk second and next visit dah tak dapat harga trial lagi dah untuk diamond peel treatment..tapi treatment lain still dapat harga kasih sayang if tak buat lagi...
Sekarang dah tahun 2019..dah ada baby kecik..so susah nak ke facial spa dah...rindu sangat coz muka confirm flawless lepas tu.... if korang nak try boleh datang ke Herbaline Facial Spa ya... Berbaloi try...
Thanks baca.....
Link Contoh soalan Exam Online SPA 2020: Ada langkah kerja
Matematik:
English:
Comments
Post a Comment