Pengalaman interview SPA bagi jawatan Pegawai Penyelidik Q41

Assalamualaikum w.b.t. semua...

Hari ni saya nak share pengalaman temuduga saya pada November 2018 bagi jawatan Pegawai Penyelidik Q41.

Kalau korang nak tahu, biasanya SPA akan email korang sebulan sebelum tarikh temuduga. Dalam masa sebulan tu korang boleh lah belajar apa2 yang patut untuk jawatan tu. Masa tu saya dapat emel untuk menghadiri temuduga bulan Oktober 2018 untuk jawatan pegawai penyelidik Q41 under Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mula2 tu memang nervous sebab tak tahu nak baca apa..sedangkan kerja pegawai penyelidik ni berkaitan penyelidikan. Dah tu under KKM pulak tu.. Nak kena baca tentang segala penyakit, research terbaru dan lain2.. Dalam fikiran saya masa tu confirm akan ditanya soalan yg paling basic iaitu -->Tell me about yourself.

Nak dijadikan cerita, saya mmg tak ready langsung untuk jawatan ni.. kurang berminat pun ada even saya dulu study bahagian research.. Tapi saya pegi juga interview coz nak ambil pengalaman..

Dalam masa sebulan tu, apa preparation yg saya buat ialah saya pikir jawapan ringkas untuk soalan tell me about yourself, job description pegawai penyelidik under KKM, buka web yang berkaitan dengan research, statistik penyakit dan penyakit NCDs (penyakit tidak berjangkit) yang paling tinggi jumlah orang menghidapi di beberapa negeri. Lepas tu, baca tentang apa research yg korang nak buat. Part ni, mmg saya asyik fikir tapi mmg saya tak terpikir coz saya tak aim nak buat kajian under penyakit2.. if diberi peluang saya nak buat kajian tentang alam sekitar.. well u know our Earth is dying right.. so, kenala cari jalan penyelesaian utk compost segala sampah plastik tu supaya tak mencemarkan Bumi kita yg indah ni dan dijauhkan daripada pelbagai penyakit...

Dari segi fizikal plak, saya pegi kedai untuk buat baju kurung moden baru guna kain batik. Ni pun masalah jugak..kejadiannya baju saya masa tu ketat.. so terpaksa hantar smula untuk buka jahitan  tengah tu.. untuk kasut pulak....ermm..kasut saya mmg dah ada..khas utk majlis formal mcm interview..tp nak dijadikan cerita..malam sebelum interview baru nak try kasut tu..rupanya kasut tu dah tercabut tapak!! Ya Allah, masa tu dah dkt 9 mlm dah..kedai semua dah nak tutup.. husben tolong gam tp masih jugak tanggal.. so, dgn pantasnya saya bersiap n drive ke mall..saya smpai merayu nak beli kasut dgn kedai kasut tp dorg tak terima juga (dah tutup half shutter kedai tu).. syukur Alhamdulillah masa tu terpandang satu kedai kasut yg masih trbuka..saya masuk n cari kasut bertutup hitam.. akhirnya...... jumpa juga kasut yang sesuai cuma takde saiz..saiz 6..saya saiz 5 jer.. tp takpe saya ambik je..

Hari yg ditunggu2 pun tiba..saya dapat sesi pagi jam 8.. awal saya btolak..syukur dapat jugak park..tp tgh2 menunggu tu kepala jadi kosong..apa yg saya dah susun ayat tentang tell me about yourself mmg ke laut.. ke lautan Pasifik dah..otak saya masa tu memang tak dpt nak pikir apa2.. masa tu baru merangkak buka laptop bagai nak study final year projek masa d Uni dulu.. saya tak buat lagi myCV tentang final year projek..masa tgh tunggu turn tu laa baru sibuk copy paste abstract project di myCV yg wajib diisi sebelum sesi temuduga.. dah tu dalam BM pulak..

Masa tu turn saya no.8. Bila sampai turn saya, saya bangun n ketuk pintu bg salam..tutup pintu elok2.. benda pertama uols kna buat serah fail sijil resume korang dgn interviewer tu.. masa tu ada dua org. sorg dari KKM dan sorg lagi SPA.. pastu boleh laa tny boleh saya duduk.. atau tunggu disuruh duduk,then baru uols duduk yerr...

First question is "tell me about yourself"! haa! kan saya dah agak confirm benda ni akan ditanya..
So masa tu saya jawab nama, lahir mana, background study masa Uni, kerja mana..n family background cket..

Lepas tu, dorg akan tanya cket laa bkaitan apa yg korang jwb..dah bgtau kerja kt mana kn..so dorg akn tny what is your duty as a bla bla bla...(job description korg laa if korg masa ni ada kerja dah)..pastu knpa nak tukar jawatan? knapa nak jawatan pegawai penyelidik? ni antara soalan dia masa tu..dah jawab tu dorg tnya plak tentang tahu tak ada berapa institut penyelidikan di malaysia.. dah jawab CRC, IRC etc... so dia tny, kat mana IRC.. so ,be ready apa yg korg jwb dia akan tny dr jwpan korg yer...

Next question is why do u want this job? what research u want to do? (part ni saya kna tanya smpai 3 kali)..this is very crucial part..so it means u r really suitable for their post (show ur passion on research, tell them the details).. then dia ckp, we ask u in english coz mainly research is in english (part ni saya rasa dia baca abstract final year project saya di myCV tu)hehe... so, isi myCV kena dalam english ya if kamu study in english during your Uni life..

Last question masa interview adalah dari pihak SPA, yg ni dia tanya mcm biasala..isu2 semasa..masa ni saya prepare isu dlm negeri jer..tp dia nak saya jwb isu international which is berkaitan ICERD.. apa yg kamu tahu ttg ICERD.. ni saya tak tahu..coz isu sensitive ni saya malas nak ambik tahu..

So moral of the story, korg kena ready soalan tell me about yourself, job description kerja korg skg and kerja yg post korg interview tu & isu2 semasa yg hot.. and speak nicely. Think before u talk..

Masa saya ni tak ada exam online SPA..terus je dipanggil interview.. Tpi skg ni mmg banyak jawatan kerajaan yg perlu ditapis beberapa step.. Yg bnasib baik akan dipanggil untuk exam online SPA dulu.. tak kira laa jawatan gred 41 ke, 29 ke 19 ke.. wajib lulus exam online dahulu.. Stakat ni contoh soalan yg murah didapati ialah di Shopee.

Link Contoh soalan Exam Online SPA 2020: Ada jalan kerja

Matematik:

English:

Boleh laa sapa2 nak tengok contoh soalan matematik tu di sini.. Sambil2 prepare dgn standard soalan SPA tu..

Tu jer saya nak share stakat ni..

Thanks sudi baca korg........

Comments