Peperiksaan Online LHDNM Seksyen A : Pengetahuan Am

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua....

Hari ini saya nak kongsi mengenai peperiksaan online LHDNM pada 20 September 2017. Ada sesiapa yang ambil exam ni tak? Saya salah seorang calon yang mengambil exam online ni.

Nak cerita sikit mengenai pengalaman ambil exam ni.

Exam online LHDNM ni mula pada jam 8:00 malam. Terdiri daripada 3 SEKSYEN iaitu:

SEKSYEN A- PENGETAHUAN AM (8:00 PM - 8:40 PM)
SEKSYEN B -DAYA MENYELESAIKAN MASALAH (8:55 PM - 9:45 PM)
SEKSYEN C - KEFAHAMAN BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS (10:00 PM - 10:20 PM)

Pautan untuk exam ni dia buka sejam sebelum exam bermula. Jadi bolehlah buka, check line internet ok ke tak masa ni. Bila masuk ke dalam link exam yang dia bagi tu, anda akan diminta untuk melengkapkan detail/borang yang diminta seperti berikut:

Mengambil Peperiksaan dari Luar Negara?
Negeri ?
Daerah?

dan kemudian klik butang 'Hantar'.

Kemudian, apabila anda telah tekan 'Hantar', anda aka dibawa ke satu page SPA yang bertulis 'Menunggu Persediaan Peperiksaan'.

Peperiksaan akan dimulakan tepat pada jam 8:00 malam. Sila pastikan capaian internet anda laju pada ketika exam dijalankan. Ketika saya sedang menunggu page loading untuk masuk ke soalan pertama, ia mengambil masa selama beberapa minit untuk soalan pertama muncul! :(

Ketika anda membaca soalan, anda boleh minta tolong dengan encik Google. Hehe...Tetapi, pengalaman saya pada waktu itu, untuk masuk ke webpage LHDNM dan web lain untuk mendapatkan jawapan sangatlah tipis kerana langsung tak boleh nak baca content! Line internet sangat slowwww!

Pastikan anda membaca banyak info berkaitan cukai yang ada di web LHDNM.
Juga soalan berbentuk isu semasa seperti NBOS, slogan, Negeri-negeri Selat, Raja Berpelembagaan dan lain-lain.

Berikut merupakan beberapa contoh soalan SEKSYEN A: PENGETAHUAN AM

1. Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai Perlembagaan Persekutuan
A) tidak pernah dipinda sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957
B) merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia
C) telah dirangka oleh Suruhanjaya Reid sebelum kemerdekaan
D) mengandungi 183 perkara utama yang dinyatakan dalam 15 bahagian


2.Pilih pernyataan yang benar mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50)
I  diumumkan dalam pembentangan Bajet 2017 sebagai kesinambungan daripada Dasar Transformasi Negara
II  Kementerian Belia dan Sukan adalah sekretariat TN50  dan dinaugi oleh Jabatan Perdana Menteri
III  menyasarkan Malaysia dalam senarai 20 teratas dalam pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan inovasi
IV idea dan aspirasi TN50 adalah hasil pelaksanaan wacana antara pemimpin dan penjawat awam
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


3. Terdapat dua ciri utama syarikat iaitu entiti berasingan dan liabiliti terhad. Liabiliti terhad bermaksud
A. Hak memindah saham adalah terhad
B. Bilangan ahli terhad kepada 50 orang
C. Menggunakan perkataan Berhad di penghujung nama syarikat
D. Ahli syarikat hanya menanggung liabiliti terhad atas jumlah saham dimiliki


4. Pembayar cukai mengemas kini maklumat berikut secara dalam talian melalui e-Kemaskini kecuali
A. alamat kediaman
B. alamat premis perniagaan
C. maklumat pelepasan individu
D. maklumat pelepasan syarikat


5. Sumber pendapatan utama Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut kecuali
A. Hasil Cukai
B. Hasil daripada Kerajaan Tempatan
C. Hasil Bukan Cukai
D. Hasil daripada Wilayah Persekutuan


6. Berikut adalah pernyataan yang benar mengenai undang-undang di Malaysia
I.  Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara
II.  Setiap akta perlu dibahas sebelum diluluskan di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen
III.  Ordinan merupakan undang-undang yang diwujudkan di peringkat Dewan Undangan Negeri Sarawak
IV.  Perundangan kecil membolehkan pihak berkuasa mmembuat undang-undang yang sesuai berpandukan kepada akta induk
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


7. Antara dokumen dan rekod yang perlu disimpan oleh peniaga e-dagang adalah
I.  bil elektrik rumah
II.  penyata bank
III. e-mel berkaitan pengesahan jualan
IV.  salinan resit pembelian komputer
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


8. Agensi Pengurusan Bencana Negara telah ditubuhkan bagi mengambil alih tugas dalam penyelarasan dan pengurusan bencana dari
A. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
B. Majlis Amanah Rakyat
C. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
D. Majlis Keselamatan Negara


9. Pusat Transformasi Luar Bandar diwujudkan dengan tujuan utama seperti berikut kecuali
A. boleh mengurangkan kos sara hidup
B. membantu meningkatkan pendapatan penduduk
C. menyediakan kemudahan jaringan internet untuk masyarakat
D. meningkatkan akses masyarakat kepada perkhidmatan kerajaan


10. Bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) hanya boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut
I.  Pindahan secara Telegrafik
II. Bank-Bank Ejen Kutipan
III.  Kaunter Bayaran LHDNM
IV.  Perbankan Internet menerusi kaedah FPX
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


Kalau tak silap saya untuk Seksyen A ni ada 50 soalan dan perlu dijawab dalam masa 40 minit.
Paparan soalan akan dikeluarkan satu persatu.
Yang telah dijawab akan bertukar ke warna hijau. Manakala, yang belum dijawab berwarna kuning.

Ketika saya menjawab soalan, terdapat beberapa soalan yang saya skip. Rasanya nak jawab balik. Tetapi memang tak cukup masa waktu ni. Tips nya, jika anda nak jawab dan ragu-ragu, uols just tick jer jawapan yang u rasa betul tu yee.... In case tak cukup masa. Coz if uols tak jawab and masa dah tamat, automatik uols dah tak leh nak klik n jawab lagi.. Dia akan auto-direct kan webpage ke bahagian B. Sebelum Bahagian B mula, diberi peruntukan masa untuk anda stretch up ker... nak nangis kejap ker... nah geram ker...hahaha...

Sementara menunggu untuk Seksyen B tu, akan keluar laa ayat tadi tu..
'Menunggu Persediaan Peperiksaan'.

Saya akan share untuk soalan bagi Seksyen B: DAYA MENYELESAIKAN MASALAH pada post yang akan datang yer.... stay tuned....


Assalamualaikum....

Link Contoh soalan Exam Online SPA 2020: Ada jalan kerja

Matematik:

English:


Comments