Celcome Home Wireless 24 Bulan Kontrak


Assalamualaikum...

Baru-baru ini celcom telah melancarkan satu pelan internet wireless, iaitu Celcom Home Wireless.

Pelan ini menggunakan model Huawei B618 4G LTE router.
Hasil carian imej untuk huawei b618


Terdapat 3 pelan yang ditawarkan, tetapi semasa saya melanggan, saya hanya diperkenalkan dengan dua pelan sahaja iaitu pelan RM100 dan pelan RM150.

Saya melanggan pelan RM100 yang mana pelan ini menawarkan 50GB internet high-speed dan 100GB internet untuk VideoWalla & MusicWalla. Kesemua pelan ini tertakluk kepada 24 bulan kontrak dan terdapat juga return policy iaitu kamu boleh memulangkan modem ini (jangan rosakkan kotak dan modem) dalam tempoh 3 hari. Maknanya, kamu langgan (tanpa bayaran), dan cuba di rumah. Tengok samada internet ini laju atau tidak di rumah anda. Jika tidak berpuas hati dengan kelajuan nya, kamu boleh pulangkan dalam tempoh 3 hari dan bukan 30 hari (menurut agent celcom di tempat yang saya langgan tempoh hari).

Jika kamu menonton VideoWalla, maka internet yang digunakan tertakluk dalam internet khas untuk VideoWalla. Begitu juga dengan MusicWalla. Antara senarai VideoWalla dan MusicWalla adalah:





Sekarang hari ke-3 saya menggunakan Celcom Home Wireless. So far so good. Even coverage di area rumah saya tidak laju (oren dalam coverage 4G celcom), tetapi tengok movie menggunakan smart TV Box smooth. Kecuali menjelang malam, paparan tidak HD dan agak slow.

Dan untuk upgrade pelan dibenarkan selepas tempoh 36 hari.

Terima kasih sudi membaca..

Comments