Tips Peperiksaan Online PTD 2019

Assalamualaikum semua....

Entry kalini saya nak share beberapa tips untuk menghadapi peperiksaan online kerajaan iaitu PTD Gred M41yang akan diadakan pada 16 Mei 2019. Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada yang berjaya tersenarai untuk menduduki exam tersebut...


Menurut email yang dihantar, peperiksaan ini mempunyai 3 seksyen iaitu:

Seksyen A : Pengetahuan Am (40 minit)
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah (45 minit)
Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris (30 minit)

Keseluruhan masa diperlukan ialah 1 jam 55 minit.

Pada peperiksaan sebelum ini, setiap seksyen yang tamat akan diberikan masa untuk menunggu seksyen seterusnya. Tidak dipastikan jika formatnya berubah untuk tahun 2019.

Untuk Seksyen A: Pengetahuan Am. Anda harus tahu tentang Perlembagaan Malaysia, Program-program yang dijalankan oleh kerajaan persekutuan, objektif Pelan Induk, isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian XYZ/  Kementerian ABC,bidang kuasa Kementerian, Perjanjian Malaysia, pengetahuan am teknologi maklumat, Kabinet di Malaysia (Malaysia Baru), Negeri-negeri Bersekutu, Negeri-negeri Selat, faktor-faktor penyumbang sesuatu ekonomi Malaysia, Geografi Malaysia, Dewan Negara, Hierarki jawatankuasa kampung, bidang kuasa kerajaan Persekutuan, ASEAN, sukan SEA, Komanwel, PBB, NKRA dan sebagainya berkaitan Malaysia dan dasar/ isu luar negara.

Seksyen A biasanya mengandungi 50 soalan.

Seksyen B pula adalah berkaitan daya menyelesaikan masalah. Maka, rumus-rumus matematik yang simple seperti kira luas, isipadu boleh disalin untuk rujukan kelak. Soalan Seksyen B a bit tricky. So, anda haruslah membaca soalan itu dengan teliti dan tahu apa yang diminta oleh soalan. Jawab soalan yang senang dahulu. Soalan yang dirasakan complicated boleh ditinggalkan dahulu. Risau anda akan membuang masa untuk mencari jawapan untuk soalan susah. Selain itu, anda harus tahu menukarkan unit-unit seperti gram ke kilogram. Jadi, rumus ini juga boleh disalin sebagai rujukan pantas.

Ini adalah kerana soalan-soalan ini tricky dan masa yang ada adalah singkat!

Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris.

Bagi soalan ini anda harus membaca seimbas soalan dan jawapan dahulu. Kemudian, barulah anda mencari jawapan pada petikan. Biasanya, soalan pertama pada perenggan pertama dan seterusnya. Dalam satu petikan, terdapat dalam 4 soalan. Terdapat beberapa petikan dalam seksyen ini.  Maka, gunakan masa dengan baik kerana anda hanya mempunyai 30 minit untuk ini.

Link Contoh soalan Exam Online SPA 2020: Ada jalan kerja

Matematik:

English:

Comments