Face Wash Pencuci Muka?

Assalamualaikum semua....

Apa khabar semua? lama dah saya tak update blog kan.. Hari ni saya nak cerita tentang pencuci muka.. ataupun Face wash, facial wash, facial cleanser. Baru-baru ini saya ada mencuba satu pencuci muka yang pastinya sudah femes ya skarang. Face wash ini saya beli di Watson pada harga RM30+.

What is the facial cleanser?
Tadaaa!

HADA LABO Moisturizing Face Wash...
Pada pendapat saya, pencuci muka ini sangat lahhh baik untuk kulit muka yang kering atau sensitif.
Kulit muka saya jenis kombinasi. Terdapat biji2 halus di dagu dan kadang2 jerawat mula timbul di dahi. Terdapat juga kawasan kering di pipi dan hidung. Tetapi, setelah mencuba pencuci muka ini, kulit muka terasa segar dan nyaman. kulit tidak ketat. Pencuci muka ini memberikan kelembapan yang baik pada kulit saya. Saya sangat3 fall in love dgn pencuci muka ini. Buat masa ini, ini baru botol pertama saya ya..

Sebelum ini saya ada menggunakan pencuci muka daripada range Bio-essence Bio-bounce Birdnest.

Saya menggunakan produk ini agak lama iaitu sebanyak 4 botol penggunaannya. Saya juga suka menggunakan pencuci muka ini kerana harganya murah dan ia tidak meninggalkan muka berminyak. Jerawat saya berkurangan setelah menggunakan produk ini. Tetapi, setelah saya bersalin anak ke2, muka saya menjadi terlalu kering. Terdapat putih2 kulit kering setelah mencuci menggunakan pencuci ini. Jadinya, saya pun menukar produk lain yang memerlukan hydrating atau moisturizing. Makanya, saya pun mencuba HADA LABO Moisturizing Face Wash.

Sebelum saya menggunakan Bio-essence Bio-bounce birdnest, saya telah menggunakan pencuci muka daripada brand Atomy. Saya mencubanya berdasarkan testimony orang Jepun yang mengatakan ia setanding dengan produk mahal tetapi dijual pada harga yang murah. Pencuci muka Atomy adalah seperti berikut:

Untuk pencuci muka Atomy Foam Cleanser ini, ia amat ringan dan guna sedikiiit sahaja dan gosok di tapak tangan untuk menghasilkan buih yang tebal. Ia sangat baik membersihkan pori-pori yang tersumbat. Kulit muka suami saya sangat sesuai menggunakan pencuci muka ini. Suami saya mempunyai resdung. Jadi, dengan menggunakan produk ini, kulit muka menjadi segar dan hidrasi. Sama seperti pencuci muka HADA LABO tadi. Saya tidak menggunakan produk ini lagi kerana agak susah membuat pembelian yang perlu ditempah secara online dan kos postage yang agak mahal ketika itu. Produk Atomy ini saya ada beli 1 set iaitu Atomy Foam Cleanser, Atomy Mask, Atomy Peeling Gel dan Atomy Deep Clensing. So far puas hati menggunakan kesemua produknya.


Kesimpulannya, ia bergantung dengan kulit kita dan pemilihan produk pencuci muka yang betul dengan kulit untuk mendapatkan hasil kulit yang diingini tanpa masalah. Sekarang saya berpuas hati dengan pencuci muka yang saya gunakan sekarang. Kerana masa remaja dahulu saya mengalami kulit bermasalah yang teruk dan penggunaan produk yang salah tambah memburukkan keadaan muka saya. Saya akan cerita pada entry akan datang tentang pengalaman kulit saya yang bermasalah dan produk apa yang membuatkan kulit saya menjadi lebih sensitif.

Terima kasih sudi membaca korang.....

Comments