Kulit Bermasalah Jerawat Ketika Remaja

Assalamualaikum semuaa....

Harini saya direct laa cerita kat korang ye tentang masalah kulit muka saya ketika remaja.

Terdapat remaja yang mempunyai kulit muka tanpa masalah putih bersih gebu.. Terdapat juga remaja yang mengalami masalah hormon dan menjejaskan kulit muka. Jadinya masalah kulit muka yang berjerawat, berminyak, blackhead, whitehead dan segala macam.

Saya mula menggunakan pencuci muka seawal umur 12 tahun iaitu Darjah 6 lagi kerana masa tu sibuk dengan aktiviti luar sekolah. Jadinya ibu rekomenkan untuk menggunakan pencuci muka Safi gamat. So far so good. Sehinggalah saya masuk ke tingkatan 4 di sekolah berasrama penuh. Masalah kulit muka saya menjadi-jadi. Jerawat mula tumbuh di sekitar dahi dan hilang tumbuh berganti lagi. Dah stress blajar, stress dengan kulit muka lagi. Haa... ni laa yang menyebabkan masalah kurang keyakinan diri dlm jiwa remaja.. But its ok... Still muda lagi yang penting kena perform study.. Masa ni saya tak ingat saya guna produk apa. Yang penting produk tu tak berkesan dengan kulit muka saya...

Ketika saya melangkah masuk matrikulasi, jerawat sy melarat ke area lain d muka.. iaitu di pipi. Masa ni mmg stress.. mmg kulit muka tak terpeduli masa ni.. Jarang tgk cermin masa ni.. Waktu ni saya guna produk ZA.. skg produk tu dah tak jual kat Watson. Dulu mmg femes sekitar 2006/07. Agak mahal waktu tu..

Ni dia produk Za ya:


Jerawat bertambah lagi ketika saya habis blajar tahun 2010. Waktu ni jerawat di pipi mmg tumbuh menbangun dengan banyaknya. Waktu ni mmg sy rajin tgk cermin. Tapi, malangnya tangan gatal picit jerawat2 tu. Maka, terhasilnya kawah pada muka. Jerawat saya waktu ni besar-besar dan bernanah. Bekas jerawat merah-merah kat muka. Waktu ni sy guna produk murah yang disyorkan utk matikan jerawat. Nak tahu tak produk apa? saya guna Eskinol papaya tuu... Memang mengeringkan kulit muka tetapi menipiskan kulit muka.. Sepatutnya saya tak kacau hari2 untuk picit jerawat kt muka tu.. Dah kulit nipis. Even nak facial kt spa pn mmg dorg tak akan berani kacau sangat tempat yang bermasalah tu. (melalui cerita yg sy dengar dari kawan yg org yg facial muka tak kn kacau tempat berjerawat teruk).

Ni dia eskinol papaya tu:


Selain produk Eskinol papaya tu, saya guna juga produk lain seperti antibiotik diletakkn dlm toner dan Dalacin-T. Tetapi malangnya tak sesuai dengan kulit saya. Dalacin-T sesuai dengan muka kazen saya. Jerawat kecut.

Dalacin-T pula harga dulu saya beli dalam RM50. Skrg dkt Shoppee dlm RM60:


Dari tahun 2004 sampai lah ke tahun 2013 jerawat saya mmg annoying sangat. Sehinggalah saya kahwin dan ada anak jerawat dah mula reda. Tetapi bekas jerawat masih ada sampai sekrg. Ada rawatan untuk menghilangkan bekas jerawat berlubang. tetapi tidaklah 100% untuk bekas jerawat lama. Tetapi agak mahal. dan kit nya (dermaroller, microneedling pen) boleh beli untuk buat di rumah tetapi saya tak berani kerana takut tambah memburukkan keadaan. Biarlah ia dibuat oleh org yg terlatih dan pakar biarpun harga agak mahal.

Ni kit yg boleh dicuba utk kurangkan bekas jerawat (kawah) kt muka dermaroller & microneedling pen:
Dermaroller

Microneedling pen lebih selamat digunakan kerana ia lebih sanitize dan menggunakan masa yang singkat.
Microneedling pen

Saya tidak pernah menggunakan kedua-dua produk ini kerana saya kurang berani menggunakan nya. Jika saya pernah membuat rawatan di spa dan tahu cara-cara menggunakan nya, mungkin juga suatu hari saya berani mnggunakannya. Tetapi untuk dermaroller perlu ambil serius tentang kebersihan jarum tersebut sebelum mnggunakannya pada wajah anda. Kerana, jika tidak bersih, dan jarum tersebut melukakan wajah anda, takut kulit muka akan bertambah teruk akibat jangkitan kuman. Alcohol perlu ada untuk proses sterile agar permukaan jarumnya kekal bersih tanpa kuman.

Sekian.

Terima kasih sudi membaca semua.....


Comments